468x60 Ads

kedahsyatan hari kiamat


Dahsyatnya Huru-hara Kiamat
Allah swt banyak memperingatkan kepada hambanya tentang dahsyatnya huru-hara
kiamat. Peringatan itu banyak dijelaskan dalam ayat-ayat Al-Quran sebagai
Kitabullah, kitab suci yang dijadikan pedoman hidup bagi pemeluk agama Islam.
Sebagaimana Allah berfirman dalam surat Al Hajj ayat 1-2 yang artinya sebagai
berikut:
“Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhan (Allah) kalian; sesungguhnya
kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar
(dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kalian melihat kegoncangan itu,
lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan
gugurlah segala kandungan wanita yang hamil dan kamu lihat manusia
dalam keadaan mabuk padahal mereka semuanya tidak mabuk, akan tetapi
azab Allah itu sangat keras.”
(Al-Hajj: 1-2)
Karena dahsyatnya hari kiamat, membuat kepanikan dan keterkejutan seluruh
mahluk yang ada di langit maupun yang ada di bumi. Ketika ibu-ibu yang menyusui
anak-anaknya menjadi lupa pada anak yang disusuinya, wanita-wanita yang sedang
hamil menjadi gugur kandungannya, anak-anak menjadi beruban, manusia lari dari
saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang pada
waktu itu sibuk menyelamatkan dirinya masing-masing. Bahkan dijelaskan pada ayat
di atas manusia pada waktu itu seperti mabuk, akan tetapi sebenarnya mereka tidak
mabuk, hanya karena siksa Allah sangat keras. Dijelaskan pula pada ayat-ayat
berikut:
“Kiamat itu hari yang paling dahsyat dan pahit. Jantung naik ke
kerongkongan dalam penuh kegundahan.”
(QS. Al-Mu’min: 18)
88
“Pada waktu itu manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya.”
(QS. (An-Nazi’at: 35


Tanda-tanda kiamat
Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI
BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG
(DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU
(WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." ALAHZAB:
63)
Tanda-tanda kecil kiamat.
1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan
tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa,
peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang,
semuanya mengaku utusan Allah.
7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
8. Banyak berlaku gempa bumi.
9. Zaman sudah dekat mendekati.
10. Banyak fitnah memfitnah.
11. Banyak pembunuhan.
12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
16.Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang
     dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
21. Anak melawan ibubapa.
22.Hujan di musim kemarau.
23.Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai
     lagi.
24.Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
28. Banyak minuman keras.
29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
30.Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi
pangkat dan kedudukan.
31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
35.Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
36.Orang alim sudah tidak disenangi.
37.Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
39. Banyak kematian secara mendadak.
40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
42.Ulama memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal.
43. Rasuah berleluasa.
44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
45. Ramai orang menjual-beli hukum.
46.Memandang ringan masalah perceraian.
47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita
sekalian.

· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.

2 komentar:

{ vitalis } at: 7 Februari 2012 pukul 05.29 mengatakan...

makasih infonya mas

{ irfani-irfani } at: 28 September 2021 pukul 07.42 mengatakan...

MasyaAllah, telah memberikan ilmu yang sangat baik dan islami, semoga Allah membuat Anda sukses. Penolong Di Akhirat

Posting Komentar